Thursday, July 10, 2008

Idea untuk membuka spa untuk lelaki.


Assalamualaikum...

Setelah bekerja hampir 8 tahun (minggu depan) saya teringin untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan pula. Alhamdulilah, kemudian syarikat saya telah menawarkan VSS dan saya pun mengambil peluang itu untuk di jadikan modal perniagaan saya. Ketika itu saya masih lagi tidak pasti kedai jenis apa yang ingin saya buka.

Satu hari makcik isteri saya telah memanggil saya utk membantunya membekam seorang pelanggannya. Selalunya dia hanya akan membekam perempuan sahaja kebetulan hari itu ada seorang lelaki ingin bekam. Saya pergi membantunya dan terbuka pula hati saya utk membuka kedai bekam. Pada masa itu saya masih lagi tidak terfikir utk membuka spa kerana modal yang ada sangat sikit. Jadi saya suarakan niat saya pada isteri saya. isteri saya terus mencadangkan saya buka spa utk lelaki. alhamdulilah selepas sebulan pengubahsuaian kedai. kedai kasi sudah pun siap dan selesa utk pelanggan2 datang. pada mulanya saya ingin mengkhaskan spa ini utk lelaki sahaja, tetapi disebabkan terdapat juga permintaan dari pelanggan wanita, maka saya pun bersetuju utk memberi rawatan kepada wanita juga. tapi bukan saya yang akan bekam dan mengurut. ada la perempuan yang akan membuatnya.

kalau senang singgah la ke kedai kami atau telefon saya di 012 62 46 097 (faizal)

No comments: